Friday, January 15, 2010

Teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah/GaLus

" Guru 1 : Macam mana mengajar kelas hujung?
Saya : Boleh la.... (tersengih-sengih) "
Saya menghadapi cabaran yang hebat untuk mengajar pelajar yang lemah. Terasa jelas masih banyak yang perlu saya pelajari.

Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

Teknik 1
  1. Edar contoh karangan lengkap kepada murid
  2. Guru baca bersama murid
  3. Menyalin perenggan demi perenggan
  4. Semak ejaan/tanda bacaan
  5. Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan
Teknik 2
  1. Beri gambar tunggal/bersiri
  2. Bina ayat berdasarkan gambar
  3. Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar
  4. Mula mengarang
  5. Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan
Teknik 3
  1. Edar karangan lengkap
  2. Cari perkataan sukar, catat di papan kapur
  3. Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut
  4. Guru menyebut - murid mengeja
  5. Perbetulkan ejaan
  6. Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja
  7. Tuliskan di papan kapur
  8. Bina ayat daripada isi karangan
  9. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca
Teknik 4
  1. Salin contoh karangan
  2. Mengambil imlak
  3. Latihan mengarang/banyak salah buat semula
  4. Baca contoh-contoh karangan
  5. Tampal contoh karangan dalam bilik darjah
Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat.

Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat... :)

Tuesday, January 12, 2010

Saya sebagai guru

gambar tak ada kaitan :)

"Jadilah cikgu ganti dulu, 'bele-bele dok sajo''
Sudah biasa saya dengar ayat itu, dan sekarang saya memang menjadi guru sambilan. Bermula dari Februari 2009 hingga kini, sudah 3 buah sekolah saya 'jelajah' sebagai cikgu ganti. Boleh dikatakan saya sukakan tugas sebagai guru, cuma masih cetek ilmu di dada untuk menjadi guru yang baik.

Cabaran terbesar sekarang adalah mengajar kelas yang paling belakang, kelas yang di dalamnya dikumpulkan 3 golongan;
  1. Murid lemah
  2. Murid tidak pandai membaca
  3. Murid yang kurang minat belajar
Walaupun berada di kelas paling belakang, mereka bukanlah teruk sangat. Pada hemat saya yang kerdil dalam pendidikan ini, golongan ketigalah yang menjadi cabaran yang paling hebat. Sebabnya, mereka ni menggangu rakan lain untuk beri tumpuan. Kasihan bila melihat pelajar yang berminat nak belajar.

Apa-apapun, saya mengharapkan murid-muridku terbuka hatinya untuk lebih minat untuk belajar dan akan saya cuba memberi yang terbaik untuk mereka. InsyaAllah...