Friday, January 15, 2010

Teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah/GaLus

" Guru 1 : Macam mana mengajar kelas hujung?
Saya : Boleh la.... (tersengih-sengih) "
Saya menghadapi cabaran yang hebat untuk mengajar pelajar yang lemah. Terasa jelas masih banyak yang perlu saya pelajari.

Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

Teknik 1
  1. Edar contoh karangan lengkap kepada murid
  2. Guru baca bersama murid
  3. Menyalin perenggan demi perenggan
  4. Semak ejaan/tanda bacaan
  5. Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan
Teknik 2
  1. Beri gambar tunggal/bersiri
  2. Bina ayat berdasarkan gambar
  3. Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar
  4. Mula mengarang
  5. Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan
Teknik 3
  1. Edar karangan lengkap
  2. Cari perkataan sukar, catat di papan kapur
  3. Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut
  4. Guru menyebut - murid mengeja
  5. Perbetulkan ejaan
  6. Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja
  7. Tuliskan di papan kapur
  8. Bina ayat daripada isi karangan
  9. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca
Teknik 4
  1. Salin contoh karangan
  2. Mengambil imlak
  3. Latihan mengarang/banyak salah buat semula
  4. Baca contoh-contoh karangan
  5. Tampal contoh karangan dalam bilik darjah
Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat.

Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat... :)

6 comments:

Mat Ley said...

BRO, HIDUP NIE MACAM-MACAM ADER.. NAK MANIS, TAMBAH GULA, NAK MASIN TAMBAH GARAM.. JADI BILA MASAK 2, RASA LA NAK YANG MACAM MANA..
APAPUN, ANDA SEORANG YANG AMAT TELITI.. INGIN BELAJAR, TERUSKAN NIAT MURNI KERNA BILA KITA BUAT ANALISIS SENDIRI KITA AKAN MEMOTIVASIKAN DIRI KITA DISAMPING MEMANTAPKAN ILMU SAUDARA.

gee said...

saya seorang guru di sebuah sekolah Orang Asli...saya telah pun mempraktikkan salah satu teknik tersebut...tetapi, murid masih malas untuk berfikir sendiri..malah menunggu untuk 'disuap' sahaja..hanya 2~5 orang sahaja yang dilihat cuba untuk berusaha.

cikgu myvi said...

Teknik yang sangat baik. Bagi pecutan akhir biasanya untuk kelas Galus saya galakkan pelajar menyalin contoh karangan cemerlang kerana pelajar akan ingat format dan binaan karangan. Saya uji di peringkat peperiksaan Alhamdulillah pelajar mampu mengingat kembali karangan tersebut. Sekadar berkongsi

Jun said...

terima kasih cg... saya akan cuba kaedah ini.

Unknown said...

Alhamdulillah,kepelbagaian kaedah pengajaran ternyata memberi impak yang amat bermakna kepada murid-murid.Terima kasih atas perkongsian ilmu,guru-guru memerlukan kesabaran yang amat tinggi serta tahan diuji.

Unknown said...

Kita sm. Thn lps sy ajr bdk kls last skali jgk. Tp diorg ade usaha last skali ade yh dpt A. Thn ni skali lg ajar kls yg last tp respond sgt lmbt& mls nk berfikir & x nk berusaha.tgh dok cr lg mcm mn usaha nk buat sblm terlmbt